Selamat mengunjungi ke Laman Blog Kami.. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Laman Blog Kami...

Tuesday, March 3, 2009

Posted by [ Z U L I E ] 9:36 PM, under | No comments

selalunya bila kita dah nyenyak tidur, mest kte mendapat mmpi..mimpi merupakan mainan tidur. Tapi kalau aku pulak, aku bukan jenis yang mudah ingat semua mmpi yang datang pada aku di malam hari...mmg confirm lupa nya semua mmpi tue...nak cerita pun, tak tahu nak mulakan...jadi, marilah kita sama2 mengambil iktibar dari hadis di bawah ini...

Hadis : Alamat Mimpi
Hadis :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain."
(Muslim)

Huraian :
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

Posted by [ Z U L I E ] 9:13 PM, under | No comments



7 Keajaiban Dunia Yang Baru..

  • Ada tujuh keajaiban baru dunia yang telah diumumkan pada 07/07/07 untuk menggantikan senarai 7 'wonders of the world' yang lama dahulu.
  • Penggantian ini telah diumumkan di Lisbon, Portugal.
  • Pemilihan ini telah dilakukan oleh New Open World Corporation (NOWC) berdasarkan undian melalui internet dan telefon. Menurut mereka ia melibatkan undian melebihi 100 juta undian dari seluruh pelusuk dunia.
  • Walau bagaimanapun senarai baru ini tidak diiktiraf oleh UNESCO kerana menurut mereka pemilihan adalah berdasarkan undian semata-mata dan bukanlah berdasarkan artifak sejarah.

Senarai baru adalah seperti berikut:




1. Taj Mahal - malambangkan 'Passion' (semangat/keghairahan)


2. Colosseum - melambangkan 'Joy' (kegembiraan)


3. Statue of Christ Redeemer - Melambangkan 'Openness' (keterbukaan)


4. Chichén Itzá - melambangkan 'Knowledge' (pengetahuan)


5. Machu Picchu - melambangkan 'Dedication' (dedikasi)


6. Tembok Besar China - melambangkan 'Perseverance' (ketabahan/keteguhan)


7. Petra - melambangkan 'Protection' (perlindungan)

kerja...kerja

Posted by [ Z U L I E ] 8:38 PM, under | No comments

mggu ni mmg banyak keje nak kene hantar...semuanye nk mggu ni..........x sempat rase nye tangan ni nk bergerak menyiapkan segala kerja..........tapi..walau banyak kerja pn aku ni,makan dan tidur satu kemestian...tidur dan makan mmg seronok..semua dapat menenangkan fikiran aku...so,kalau ade ape2 keje yang nk disiapkan, kte boleh wat dengan tenang sbb tidur dan makan dh cukup...yang penting, kerja mesti gempak..bukan gempak dengan selekehnye,tapi gempak sbb dapat wat yang terbaik...jangan jadikan sikap kita seperti melepaskan batuk di tangga...nnt kte yang akn ditimpa masalah..

Related Posts with Thumbnails

Tags

Blog Archive

Archive