Selamat mengunjungi ke Laman Blog Kami.. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Laman Blog Kami...

Saturday, February 27, 2010

kakiku sakit...keletihan

Posted by [ Z U L I E ] 8:37 PM, under | No comments

Hari ni aku cuma keluar jalan2
sakit kakiku
penat berjalan
perlukah aku menukar kasut??ade kena mengena kah??saja nk cari sebab or motif..hehe
keletihan
tertidur seketika
bila dah jalan2, duit pun mengalir deras umpama waterfall yg terkenal di Niagara..perh,perumpamaan mane ntah aku amik,hantam aje
skrg dh la musim panas, asyik nak air sahaja
air 100 plus pn dh byk aku beli n minum
tp malangnye perut aku x berapa tahan dgn air berkarbonat
selepas minum air tersebut, pasti ku akan melangkah ke toilet dgn longlai..longlai?tidak, kalau boleh nak berlari..
kakiku harus diurut
pelbagai minyak sapu ade
gamat, afiat, minyak serai wangi??semua ada..cuma tenaga utk urut je aku perlukan iaitu tanganku sendiri..


keletihan ( gambar hiasan )

Friday, February 26, 2010

obsess dengan pink!!

Posted by [ Z U L I E ] 11:50 PM, under | No comments

aku suke warne pink
tp xla seobsess seorg lady ni..xpernah ku sangka ade orang yang sebegini sampai anjing pun warna pink..nk tergelak pun ade..kagum!

Kitten Kay Sera, 46, berkata bahawa dia sudah punya obsesi warna pink selama 25 tahun - dan dia tidak memakai apa pun kecuali warna pink dalam kebanyakan masanya.







wah,semuanya warna pink!!
hebat la
menarik tp xkan la semuana nk warna pink..xmengapa kalau die suke
saya sokong anda!!hehhe

Gambar-gambar

Posted by [ Z U L I E ] 11:04 PM, under | No comments

wah..jarang dah aku mengupdate blog aku ni
nk kata sibuk,mmg sibuk..tp ade ms utk facebook..pelik..xkisah la
dh lame gak aku x letak gambar dlm blog aku ni
aku suke masukkan gambar sbnrnye
tp x berkesempatan lately
im sorry
ade beberapa keping yang aku nk kongsikan dlm blog ni
aku di dalam bas..heheh

bersama kawanku,fatin

aku bersama butterflies..

2 of me..

itu je gambarnye..klu ade ape2 perkembangan,aku akan update
insyaallah

Wednesday, February 24, 2010

minggu MELETIHKAN

Posted by [ Z U L I E ] 9:30 PM, under | No comments

Aku br balik dr cuti taun baru cine..
hari isnin malam isnin hari tu, aku berjaga sampai 3 pagi untuk menyiapkan 2 lab reports..
rase mcm x percaye coz berjaye gak aku menyiapkan 2 lab reports walaupun pada mulanye aku x faham langsung pasal practical tu...tp, ble dh tanya2 kawan,aku mulai faham
minggu ni mmg padat la..rase macam x cukup rehat~~~haduih!!
aku memerlukan kekuatan utk bertahan
dalam ms seminggu ni jugak macam2 berlaku
aku cuma insan biase
aku cuma berharap aku dapat menghadapi segala yg datang dengan penuh kesabaran
aku tau aku bukan yg terbaik, tp aku cuba untuk menjadi yg terbaik

Sunday, February 21, 2010

Awasi cuaca panas

Posted by [ S H A Z ] 5:02 PM, under | No comments

Sumber:
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.

Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?

1) Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.

2) Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

3) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.

4) Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.

5) Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta
Kesan haba panas pada tubuh

# 20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.

# 25 darjah Celsius - peluh biasa.

# 30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.

# 40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.

# 45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

Friday, February 12, 2010

ketam gergasi

Posted by [ Z U L I E ] 7:51 PM, under | No comments

aku baru je baca surat khabar harian metro
tibe2 tertarik dgn 1 gamba..
terus aku baca articlenye
pasal crabzilla
iaitu ketam gergasi..besar tu
ini adalah keratan akhbar yang aku dpt dr harian metro..

LONDON: Memiliki kaki panjang dan penyepit berbahaya, seekor 'raksasa' laut dalam kini menjadi ketam paling besar pernah disaksikan di Britain.

KETAM LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.
KETAM LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.
Dengan kaki sepanjang tiga meter, Ketam Labah-labah Jepun itu masih boleh membesar dan boleh hidup sehingga 100 tahun.
Digelar sebagai Crabzilla, badan ketam itu kira-kira sebesar bola keranjang dan tingginya boleh melebihi tinggi kereta jika berdiri pada tahap maksimum.
Jika cukup matang, kakinya boleh menjadi sepanjang 4.6 meter.
Ketam itu ditangkap nelayan di Lautan Pasifik dan dibawa ke Britain untuk dipamerkan di Pusat Hidupan Laut Kebangsaan di Birmingham.
Jika dikeluarkan dari air, ketam itu kelihatan lemah kerana kakinya tidak mampu menampung berat badan.
Namun, di habitat asal - lebih 760 meter di dalam laut - ia adalah haiwan pemangsa yang digeruni.

happy chinese new year

Posted by [ Z U L I E ] 7:15 PM, under | No comments

Hari ni aku balik kg kesayanganku..raub
bersamaan 12hb February 2010
naik train jam 2330pm..
balik seorg
aku cuti seminggu sampai 21hb February 2010
sempena chinese new year
internet laju gak kt penaga ni
lepak dalam surau jpj penaga
balik rumah nnt mesti xdapat nk surf coz internet slow sgt2 mcm siput..rasenye siput lagi laju..haha
di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kpd roomateku

SEOW LEE FERN

selamat bercuti juge
thanks for the limau..
jumpe lagi lepas cuti taun baru cina ni dgn assignment yg makin menggunung
cuti sepuas-puasnya k..


Tuesday, February 9, 2010

jabatan geosains ipoh

Posted by [ Z U L I E ] 5:55 PM, under | No comments

Lama btol aku x tulis blog ni..sorry, coz im quite busy lately...but, now i will continue to write something....ok, last week i went to jabatan geosains which is situated at ipoh..perjalanan ke ipoh ini mengambil masa selama 2 jam je sebnrnye..tp ktorg ade stop kt r&r bukit merah utk sarapan..lagi 1 ktorg ade sedikit sesat la gak..but, it's ok...ktorg sampai kt geosains dlm pkl 10.30am..kat sana, kami ade taklimat..penerangan ttg batu..sbb ktorg ade practical pasal batu..lepas taklimat, kitaorg dijemput ke muzium yg ade di jabatan geosains itu..terdapat banyak batu yg boleh dilihat di sana..byk gak batu yg agak luar biasa krn x pernah nampak..contoh batu yang aku tau :
granit
batu sulfur
marble

macam2 lagi la


so, ini adalah sbhgn gambar yg diambil di jabatan geosains ipoh
ini lah tempat yg kitaorg g..jabatan mineral dan geosains yg terletak di ipoh ini semasa taklimat dan penerangan daripada seorang timbalan jabatan mineral dan geosains ipoh..menarik gak penerangan yg diberi..thanks peace!!!aku..serba pink..it's me...skrg ni berminat dgn pink..b4 ni x suke..tp skrg dh suke dengan warna pink..*ahaks bergambar bersama ida..bergambar di sebalik yang lain..suke gambar ni ini adalah sebahagian batu yg terdapat di sana..byk lagi sbnrnye...

gambar aku bersama batu..bulat betul batu tu..tp, aku x ingat la batu ape tu..sori..hehe

mungkin ade org yg berminat dgn batu ini..

gambar di depan muzium sblm bertolak ke kuala lumpur..aku yg serba pink..

lawatan sambil belajar yg menarik..bukan jalan utk saja2 tp belajar something..
kalau selbelum ni x tau something, tp skrg dh tau something bile kita terokainya
selamat berjaya

Wednesday, February 3, 2010

tiada air!!!

Posted by [ Z U L I E ] 6:05 PM, under | No comments

Wah,entry arini bgtau psl xde air..sbnrnye bkn aku yg xde air..tp asrama budak lelaki yg xde air..mereka pn mengeluh..aku pn tumpang gak..ye la..air bila xde,mmg rase susah..nk sembahyang nye,nk mandi,nak basuh baju..nk wat business pun terganggu..haish!!aku kt cni pun mand byk kali..dh la skrg ni musim panas...mesti la nk slalu mand,basuh muka....tp bgs gak bdk lelaki ni. mereka tetap mencari pelbagai alternatif lain utk mencari air..kredit utk mereka!

tibe2 teringat kisah ms sekolah menengah dulu..asrama aku slalu gak xde air...lega sek aku ade kolah yg besar..tp bila tahap xde air tu dh kritikal..smuanya kering..sampai JBA datang...tersenyum muka ktorg...ye la dpt air..bila xde air,nk mandi pun berjimat2..hahha..masa tu baru la masing2 hargai walaupun setitik air..lumarah manusia, bila sesuatu itu dh tiada, baru kita terasa akan kepentingannya..eh,ape aku melalut ni..ape2 aje la..

k la..sampai ni je la..aku nk kuar pasni...ade hal ckit..

Tuesday, February 2, 2010

no entry

Posted by [ Z U L I E ] 5:42 PM, under | No comments

sedikit bersemangat..
itu yg penting
tp xde selera makan
huhu...aku harus kembalikan semangat makan aku...hehhe
asyik mengantuk! itu semestinya..
pening2...
boring2..bukak facebook..baca paper
lipat baju
smuanya tdo..hari panas..pasang kipas laju2
semua hati senang..
cheer up Zulie!

Monday, February 1, 2010

hari terlalu terik..

Posted by [ Z U L I E ] 2:50 PM, under | No comments

Hari ni dh masuk 1 Februari 2010
sekejap je mase berlalu
rase mcm br lagi masuk tahun baru
skrg dh nk dkt tahun baru cina...g kat mane2 shopping complex pun mst sesak..semua cuk shopping..paling x best ble part nk membayar..nk kena baris panjang tu
rela lg just tgk2 je dl..*hehhe
hari ni mmg terik..sejak kebelakangan ni keadaan cuaca mmg panas..mgkin disebabkan matahari terletak tegak di bawah malaysia..maybe..
so, musim demam mmg biase..termasukla aku yg terkena
ingtkan macam dh nk ok selesema.tp ade lagi..huhu..xbest tol ble ms kelas,kena ade tisu..huhu
hope pasni dh chat sepenuhnya
hari ni kelas ngn pn tan selama 3 jam!huh...buat practical 2 arini..senang je nk wat practical ni..just ikut procedures..cuma x faham bile part ngira2 ni..biase la tu..sempat la gak aku tgkp gamba ngn izma..jarang ade gamba ngn izma..so ini gambanya..
izma and zulie( aku )

Related Posts with Thumbnails

Tags

Blog Archive

Archive