Selamat mengunjungi ke Laman Blog Kami.. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Laman Blog Kami...

Friday, August 27, 2010

kisah hari itu di surau

Posted by [ Z U L I E ] 3:09 PM, under | No comments

Assalamulaikum..
Pada hari Rabu yang lepas, kelas aku 6 sned 1 dan 6 sned 2 telah ditugaskan untuk buka puasa di surau..aku datang ngan iza ke surau pada jam 7.00 malam..ramai gak yang datang..makanan telah siap dihidang...dah abis buka puasa, kemas2,mop2,sapu2,basuh2..kawan2 yang lain pun ada..sempat jugak aku tangkap gamba..hehe..sekadar sebagai kenangan..

Inilah kali pertama aku pakai tudung ni..ok la..aku kurang biasa pakai tudung ni..tp,selesa gak..senang sikit,sebabnye b4 g surau td,kelam kabut sikit,so capai je la tudung ni..mmg x pernah pakai lagi tudung ni..ape2 pun SELAMAT BERPUASA

anda mahu berbuka di mana? ......berfikir..

Wednesday, August 25, 2010

Assignment..aduhai

Posted by [ Z U L I E ] 1:55 AM, under | No comments

puasa..puasa..bulan barakah..bulan baik

assalamulaikum..
hari ni aku nak cite sikit..dah lame x luahkan perasaan kat blog ni..rindu la lak.
berpandukan title yg aku tulis.pasal assignmnet..
adakah anda suke assignmnet???
ade yg YE dan ade yg OH,NO!
yang mane satu anda??dan yang mane satu aku??ok,rahsia..jawab dalam hati je ok!
balik dr practicum ( mengajar 2 bulan di sekolah ), seperti biasa...menjalani rutin seorang pelajar..
masih dengan kuliah + assignment yg semakin meningkat..harap akan menurun..hehe
mmg byk assignment..tp kadang2 bagus..semuanya TIME MANAGEMENT!..
tapi malas byk menguasai diri aku..aish,zulie..berubah la..
aku harap aku dpt siapkan assignment..
tenang..x serabut...
aku tau ko tgh counting ape zulie..hehe..apakah itu???rahsia lagi..tido pun semakin lewat..kadang2 dok je mengadap laptop,tp xtau nak start wt assignment yang mane dl..haha..
lupe lak nak bagitau,td pas aku bukak pose td, aku tgk la kt luar cafe..wah,terpegun..CANTIKNYE BULAN!! warnenye yg cantik + terang..sangat kagum..indahnya ciptaanNya..
hampir stgh bulan dah berpuasa..
anyway,selamat berpuasa + bersahur.

Wednesday, August 18, 2010

renungkan la

Posted by [ Z U L I E ] 9:03 PM, under | No comments

Salam..lame gak aku x update blog ni..ok,perasan x akan perubahan blog ni..mungkin ade yg x perasan..tp mmg ade perubahan..
sebenarnya nak kongsi ape yang aku baru baca..
mari kita sama-sama renungkannya..
wajarkah sikap seorang suami ini??
aku tak nak komen banyak-banyak,sedih bile baca berita ni:


Pijak isteri hamil

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/08/18

AMPANG: Puncanya hanya kerana menguatkan bunyi televisyen, namun habuan diterima begitu azab apabila seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dipijak suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu.
Berikutan itu, bayi dalam kandungan wanita terbabit masih belum diketahui tahap kesihatannya dan polis menunggu laporan perubatan akan dikeluarkan hospital dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika pasangan berkenaan baru setahun mendirikan rumah tangga berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

“Ketika kejadian, suami mangsa memintanya memperlahankan suara televisyen dipasang dan mangsa mengikut arahan lelaki terbabit dengan memperlahankannya.

“Bagaimanapun, suaminya memberitahu dia mahu keluar bermain snuker bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, baru saja beberapa langkah suaminya mahu keluar, mangsa kembali meninggikan suara televisyen membuatkan lelaki berkenaan naik angin dan berpatah balik.

“Suami mangsa menghampiri dan dengan nada marah mendakwa mangsa cuba bersikap kurang ajar dan sengaja mencabarnya.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak berniat mahu menyakitkan hati suaminya dan meninggikan suara televisyen kerana menyangkakan suaminya keluar,” katanya.

Sumber terbabit berkata, suaminya yang tidak puas hati jawapan diberikan terus meluru sebelum memukul tangan mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan kecederaan.

“Tidak cukup dengan itu, suami mangsa yang panas baran naik angin dan memijak perut mangsa yang mengandung enam bulan.

“Mangsa hanya mampu meraung dan menjerit meminta suaminya berhenti dari memijak perutnya sebelum lelaki berkenaan menghentikan tindakan itu dan meninggalkan mangsa menahan kesakitan,” katanya.

Menurutnya, isteri malang terbabit yang tidak puas hati dengan tindakan suaminya itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan di rumahnya kelmarin bagi membantu siasatan kes terbabit dan setakat ini polis menunggu laporan pemeriksaan hospital untuk menentukan keadaan bayi dalam kandungan wanita itu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan bernasib baik kerana tidak keguguran dan mangsa mendakwa kandungannya sudah ada pergerakan dan mungkin dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit.

Wednesday, August 11, 2010

doa iftitah

Posted by [ Z U L I E ] 9:06 AM, under | No comments

salam
hari ni just nak kongsi pasal doa iftitah
bila baca bacaan ni??
ms dlm solat la..
hari ni dah puasa yang pertama..so,jangan nk makan2 kecuali ms nk berbuka nanti..

mari kita baca ramai-ramai


ni lah maksudnya..

ramadhan datang lagi!

Posted by [ Z U L I E ] 12:23 AM, under | No comments

Assalamulaikum..
Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..
ramadhan datang lagi tanpa kita sedari
sekarang ni,masih lagi praktikum di sekolah
pray for my success k..
mari lah kita beramal ibadah
bersolat terawikh..td mase g solat terawikh,mmg meriah
ramai..penuh.sesak..tenang rasa..alhamdulillah
SELAMAT BERPUASA

Related Posts with Thumbnails

Tags

Blog Archive

Archive