Selamat mengunjungi ke Laman Blog Kami.. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Laman Blog Kami...

Saturday, February 18, 2012

alam pekerjaan

Posted by [ Z U L I E ] 6:31 PM, under | 1 comment

Salam..apa khabar semuanya?harap semuanya sihat-sihat belaka di samping yang tersayang..
lama betul x post something kat blogku yang usang ni..online tiap2 hari tapi xde rasa nak update ape2.biar la rahsia=)

Tahun 2012 bukan lagi zaman belajar..sekarang zaman bekerja..berada di alam pekerjaan.setelah 5 tahun setengah belajar, kini sudah bekerja.

Berada di tempat baru. environment baru. cara baru..semuanya baru2 belaka.
Banyak perkara perlu dipelajari setiap hari.
Memang banyak!
Keyakinan diri juga perlu dipertingkatkan.
Berdikari.
Semai dalam diri rasa bersyukur dan yakin boleh.. Insyaallah segalanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Apa jua yang telah direncanakan buat kita, semuanya ada hikmahnya. Walaupun sesuatu itu nampak mudah atau kecik, tetapi ianya memberi impak yang besar.

Belajar dari bawah. Semuanya orang dari zero.
Mula-mula memang agak kekok, janggal..tapi bila dah setiap hari..segalanya akan menjadi rutin dan menjadi biasa.Insyaallah.

Selamat berjaya kepada semua dan tahniah..

Monday, December 5, 2011

new life

Posted by [ Z U L I E ] 12:49 PM, under | No comments

Salam..
berbulan2 bulan lamanya aku x update n jenguk blog ku yang hampir bersawang ni.
hari ni baru ingat nk vakum blog..hehe
aku dh habis belajar
cuma tunggu posting je lagi
tunggu interview
moga dipermudahkan semuanya
tanggungjawab pun sudah terasa bertambah
banyak yang perlu dipelajari
perbaiki diri dan muhasabah diri
moga-moga semakin cekap dan lebih sabar

kadang-kadang orang kata, jangan suka berangan-angan
tapi bagi aku, angan-angan itu penting juga
ia membakar semangat kita untuk mencapai apa yang diangankan
dan Insyaallah angan-angan itu menjadi kenyataan
kita aim tinggi, mudah-mudahan kita memperolehinya
jangan terlalu merendah diri.
yakin pada diri sendiri

semoga berjaya dan menjadi lebih baik
wassalam


Sunday, October 9, 2011

EDU3109..layan ilmiah pulak

Posted by [ Z U L I E ] 12:19 PM, under | No comments

Salam.. hari ni kita coret sedikit mengenai EDU3109..ape tu??guru dan cabaran semasa..
Kalau anda berada di semester 8 iaitu tahun akhir kat IPG..for sure anda semua tahu..
banyak yg kena tahu tentang subjek ni..Peperiksaan pun semakin hampir.. Jenguk sekejap..JOM!
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan..
Terdapat pelbagai strategi pengajaran inovatif:

1)Pembelajaran berasaskan masalah:
-masalah realistik
-mencabar


2)Pembelajaran berasaskan projek:
-berpusatkan pelajar
-jangka masa panjang
3)pembelajaran elektronik:
-komputer
-radio
-CD rom

4)pembelajaran berasaskan laman sesawang (Web)
-streaming video

-ppt
-penerangan audio

Selamat berjuang!

Sunday, October 2, 2011

Meet again!

Posted by [ Z U L I E ] 11:17 AM, under | No comments

Salam. Hujan sudah renyai-renyai di luar kamar.Pagi yang syahdu dan mendamaikan.Apa yang hendak aku khabarkan melalui blog ni?Sudah sekian lama aku tidak menjenguk blogku yang kian berhabuk dan jika ianya benar2 berhabuk, pasti aku dapat melihat betapa tebalnya habuk tersebut.

Radio pula sentiasa memutarkan lagu-lagu terkini.Setiap hari radio diputarkan.Sebenarnya, bosan!Bila ingat-ingat balik, sekejapnya masa berlalu dan sekarang sudah memasuki bulan Oktober.Aku akan menamatkan pengajianku di Penang ini kemungkinan pada akhir bulan 11.Ouh..sekejapnya masa berlalu.

Bila masa semakin suntuk, macam-macam kenangan yang tercipta.

Termasuklah kenangan aku mengikuti lawatan sambil belajar di Cameron Highlands, Teluk Batik Resort dan Segari, Perak.
Aku turut ke rumah kawanku di Alor Star.

Kemudian, aku dan kawan-kawanku ke Padang Besar, berhenti sekejap di ladang tebu, Chuping, ke rumah kawan di Kangar, Perlis.
Banyak juga tempat yang aku pergi. Boleh dikatakan pusing-pusing utara.

Mungkin ini sahaja untuk hari ini.
Moga anda turut teringat kenangan ketika bersama rakan-rakan anda.
di BOH Sg. Palas, Cameron Highlands.


Tengok penyu. Di Segari, Perak


Mardi, Cameron


Teluk Batik Resort, Perak


Aku, Azurin dan Ana di Mardi


Ana, Lee Fern , aku


Cameron Highlands


Segari, Perak

Saturday, August 27, 2011

Thanks SK Genting

Posted by [ Z U L I E ] 11:22 AM, under | No comments

Guru-guru SK Genting


Guru-guru praktikum bersama Puan Guru Besar


Salam..semalam merupakan hari terakhir aku bergelar guru praktikum di SK Genting..SK Genting memberikan 1001 macam rasa. Aku menjalankan praktikum ke3 dan internship di sana. Rakan-rakan guru praktikum aku ialah Chua Ying Ying, Ikhram dan Akashah..Thanks to you all.

Terima kasih kepada warga SK Genting termasukkan guru-guru, staf dan anak-anak murid. Terima kasih kepada anak-anak murid bagi teacher kad raya..banyak juga teacher dapat kad raya daripada kamu semua..love u!

Terima kasih atas kenangan yang sangat tidak boleh dilupakan. Macam2 yang dapat banyak dipelajari di SKG. Hari ini sudah ramai rakanku yang pulang ke kampung. Aku masih di Penang. Nasib la roomate ku, Seow Lee Fern merupakan Chinese dan masih di Penang. Jadi, tak la sunyi sangat.

Hujan renyai-renyai di luar..Memang sejuk membaluti diri.

Lihat gambar di bawah:
Bersama murid Tahap 1
Anak murid 5 Wawasan.. belajar rajin-rajin


Anak murid 4 Budiman. Jangan banyak main!Baca buku..


Sebahagian anak murid 3 Wawasan..ajar BI untuk kelas ini


Bersama Tahun 1. Terima kasih sebab bagi kad raya pada teacher.

Related Posts with Thumbnails

Tags

Blog Archive

Archive