Selamat mengunjungi ke Laman Blog Kami.. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Laman Blog Kami...

Sunday, October 2, 2011

Meet again!

Posted by [ Z U L I E ] 11:17 AM, under | No comments

Salam. Hujan sudah renyai-renyai di luar kamar.Pagi yang syahdu dan mendamaikan.Apa yang hendak aku khabarkan melalui blog ni?Sudah sekian lama aku tidak menjenguk blogku yang kian berhabuk dan jika ianya benar2 berhabuk, pasti aku dapat melihat betapa tebalnya habuk tersebut.

Radio pula sentiasa memutarkan lagu-lagu terkini.Setiap hari radio diputarkan.Sebenarnya, bosan!Bila ingat-ingat balik, sekejapnya masa berlalu dan sekarang sudah memasuki bulan Oktober.Aku akan menamatkan pengajianku di Penang ini kemungkinan pada akhir bulan 11.Ouh..sekejapnya masa berlalu.

Bila masa semakin suntuk, macam-macam kenangan yang tercipta.

Termasuklah kenangan aku mengikuti lawatan sambil belajar di Cameron Highlands, Teluk Batik Resort dan Segari, Perak.
Aku turut ke rumah kawanku di Alor Star.

Kemudian, aku dan kawan-kawanku ke Padang Besar, berhenti sekejap di ladang tebu, Chuping, ke rumah kawan di Kangar, Perlis.
Banyak juga tempat yang aku pergi. Boleh dikatakan pusing-pusing utara.

Mungkin ini sahaja untuk hari ini.
Moga anda turut teringat kenangan ketika bersama rakan-rakan anda.
di BOH Sg. Palas, Cameron Highlands.


Tengok penyu. Di Segari, Perak


Mardi, Cameron


Teluk Batik Resort, Perak


Aku, Azurin dan Ana di Mardi


Ana, Lee Fern , aku


Cameron Highlands


Segari, Perak

0 comments:

Post a Comment

komen la yang boleh membina dan membantu ye...

Related Posts with Thumbnails

Tags

Blog Archive

Archive