aku di sekolah sekarang ni
hari ni xde kelas..tp ade 2 relief
bosan2 bukak internet.Nasib baik aku bawa laptop dan broadband kesayangan aku ke sek
tbe2 tertarik dgn berita dekat kosmo
mari kita baca sama2
selamat MEMBACA
Ratusan lebah di tiang lampu di Soho

Kejadian pada musim panas di Wardour Street, Soho, di sini, dirakam dan dimuatkan ke laman jaringan sosial Twitter oleh seorang penduduk tempatan yang meng-gunakan nama samaran PopeRamone.
Kehadiran serangga itu mencetuskan sensasi di kalangan orang awam kerana populasi lebah ternak dan lebah liar berkurangan dengan mendadak di Britain. Lebah-lebah itu kelihatan bersantai dan berehat sekejap di tiang lampu tersebut.
Pada 2007, bilangan lebah madu Eropah mencatat penurunan besar sehingga mendorong beberapa siasatan dilakukan bagi mencari punca kemerosotan itu. Lebah merupakan serangga tidak agresif tetapi sengatnya boleh menyebabkan kematian kepada mereka yang menghidap alahan.
0 comments:
Post a Comment
komen la yang boleh membina dan membantu ye...