Selamat mengunjungi ke Laman Blog Kami.. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke Laman Blog Kami...

Tuesday, October 19, 2010

kegemaran!

Posted by [ Z U L I E ] 11:47 AM, under | No comments


Salam pembuka bicara..
kelas habis awal..seperti biasa..biasakah?
kebanyakan orang atau kawan suka menjadikan blog ini sebagai satu coretana harian atau diari tentang apa yang dia lakukan..aku juga suka begitu..tapi, sekarang aku sudah kurang bercerita di lama blog..cuma jika ada kelapangan aku akan mencoretkan sesuatu walaupun sikit..bercerita tentang kegemaran, menulis blog untuk coretan harian juga salah satu kegemaran..entah kenapa sekarang aku lebih sukakan memendam apa yang dirasa, tersenyum sendiri tatkala teringatkan akan sesuatu..=)

Anda suka MAKAN??kalau la aku suruh sesiapa yang suka makan angkat tangan di depan ku kini, pasti ramai yang mengangkat tangan mereka atau mungkin ada yang mahu angkat tangan, tapi berasa malu kerana takut digelar kuat makan...betul ke?ada ke orang seperti itu...aku tak kisah la apa pandangan orang atau pendapat orang..aku akna mula-mula sekali angkat tangan mengatakan aku suka makan..memang tak aku nafikan, aku berasa senang hati dan gembira bila makan, lebih-lebih lagi bila makanan itu dimasak oleh mak tersayang aku atau orang yang aku sayang yang berada di samping aku..pasti tersenyum sampai ke telinga..salah satu buah yang aku suka makna begitu sahaja ialah buah pisang..PISANG EMAS..sangat suka..pisang emas yang aku beli..bukti diambil di dalam bilik..

aku baru je beli pisang emas tadi..memang melepaskan rindulah orang kata..akhirnya dpaat makan pisang emas..aku beli sesikat je..lagi satu, makan pisnag ini elok untuk sistem pencernaan..tiba-tiba, teringat aku akan kisah seorang hamba Allah ini:

Ada seorang perempuan ini memang lincah...dia memakai tudung..dan sekolah yang dia pergi itu sekolah asrama dan mesti pakai 2 jarum untuk tudung berwarna putih..biasa lah, kebiasaannya, pelajar perempuan akan mengepit kedua-dua jarum itu di mulut sementara mereka membetulkan lipatan tudung yang dipakai..entah macam mana benda nak jadi pada hari tersebut, jarum tersebut termasuk dalam mulut dan seterusnya badan la..cuma bayangkan apa perasan anda jika anda di tempat dia?cuak kan..selepas itu, dibawa ke hospital..doktor bagi ubat yang mujarab sekali untuk dia makan bagi keluarkan jarum itu..Cuba TEKA!!!doktor bagi makan pisang setiap hari..so, pisang kan pelawas..so, faham-faham je lah apa yang terjadi..selamat la perempuan tersebut dan jarum itu...hehe..tercuit hati bila teringatkan kisah ini..

Memang kadang-kadang kita tak sangka sesuatu ini akan terjadi..di luar jangkaan kita..kita pun bukannya dapat meramal apa yanga kan terjadi..

Kesimpulannya, hati-hatilah...

Kegemaran atau apa yang kita suka menjadi pengubat dan penawar di kala luka dan duka..tapi, kita kena gembirakan hati..=)

senyum selalu ok!

Alamak, meleret la pulak pa yang aku tulis ini, pada hal niat hanya cuma nak bagitahu yang aku sukakan pisang emas..hehe..PEACE!

0 comments:

Post a Comment

komen la yang boleh membina dan membantu ye...

Related Posts with Thumbnails

Tags

Blog Archive

Archive